ABANG TRAVEL & TOUR SDN BHD | Lesen KPK/LN 10059
WhatsApp
Home Package Sewa Van Insurans Entry Thai Siapa Kami WhatsApp Kami
Siapa Kami | Abang Travel & Tours Sdn Bhd
Abang Travel & Tours Sdn Bhd

Kenali Siapa Kami

Kami membantu merancang percutian dalam dan luar negara dengan perjalanan yang lebih tersusun, selesa dan mudah.

Syarikat Berlesen Berdaftar dengan MOTAC
Pelbagai Destinasi Dalam dan luar negara
Beroperasi Sejak Pengalaman sejak 2015
Khidmat Pelanggan Pemantauan sepanjang trip
Percutian bersama Abang Travel
Pakej pelancongan Abang Travel
10+ Tahun pengalaman dalam industri pelancongan

Percutian Lebih Mudah Bersama Abang Travel

Abang Travel & Tours Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pelancongan yang menyediakan pelbagai pakej percutian dalam negara dan luar negara.

Kami membantu pelanggan menguruskan perjalanan bermula daripada proses perancangan, pemilihan pakej, pengangkutan, penginapan, itinerary perjalanan dan maklumat penting yang diperlukan sepanjang percutian.

Segala maklumat sebelum, semasa dan selepas perjalanan akan dipantau serta dikemas kini dari semasa ke semasa kepada pelanggan. Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu risau sekiranya terdapat perubahan atau maklumat penting berkaitan perjalanan.

Antara pakej yang disediakan ialah pakej Langkawi, Hatyai, Krabi, Phuket, Bangkok, Indonesia, Vietnam, Singapura dan pelbagai destinasi menarik yang lain.

Matlamat utama kami

Memberikan pengalaman percutian yang lebih selesa, tersusun dan bebas daripada tekanan kepada setiap pelanggan.

Kenapa Pilih Kami

Kelebihan Pakej Abang Travel

Kami membantu menguruskan percutian anda supaya lebih mudah, tersusun dan tidak memeningkan.

Harga berpatutan dan berbaloi
Jadual perjalanan lebih tersusun
Sesuai untuk keluarga dan kumpulan
Khidmat pelanggan yang pantas
Banyak pilihan pakej percutian menarik
Sokongan sebelum, semasa dan selepas trip
Kenali Kami

Siapa Abang Travel & Tours Sdn Bhd?

Sebuah syarikat pelancongan berlesen yang berpengalaman menguruskan pakej percutian dalam dan luar negara.

Syarikat pelancongan berlesen dengan MOTAC, nombor lesen KPK/LN 10059
Berpengalaman dalam industri pelancongan sejak tahun 2015
Pernah berkongsi pengalaman bersama Sinar Harian pada tahun 2018
Pengasas bermula sebagai seorang ejen sebelum membina syarikat agensi pelancongan sendiri
Dipercayai pelanggan dengan ribuan testimoni dan ulasan
Lesen MOTAC Abang Travel
Lesen MOTAC
Anugerah Abang Travel
Anugerah dan Pengiktirafan
Liputan media Abang Travel
Liputan Media
Perkongsian Abang Travel dalam akhbar
Perkongsian Dalam Akhbar

Sejarah Penubuhan

Bermula daripada sebuah platform perkongsian percutian, kini berkembang menjadi syarikat pelancongan berlesen.

Sebelum 2015

Pengalaman Sebagai Ejen

Sebelum Abang Travel diwujudkan, pengasas dan CEO Abang Travel pernah menjadi ejen kepada beberapa syarikat pelancongan seperti Hakim Holiday, Ayden Averous dan Caravan Serai.

2015 – 2017

Permulaan Travelbajet.com

Perniagaan bermula menggunakan platform Blogspot dengan nama Travelbajet.com. Platform ini digunakan untuk berkongsi maklumat serta menawarkan pakej percutian kepada pelanggan.

2018

Kelahiran Nama Abang Travel

Nama AbangTravel.com mula diperkenalkan sebagai identiti baharu syarikat bagi membina jenama pelancongan yang lebih kukuh dan mudah dikenali.

Ogos 2020

Mendapat Lesen Pelancongan

Abang Travel berjaya mendapatkan lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Namun begitu, operasi pelancongan ketika itu terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

2021

Kembali Aktif

Abang Travel kembali aktif dengan menawarkan pakej pelancongan dalam Malaysia seperti Langkawi, Sabah dan Sarawak.

Kini

Melebarkan Sayap Ke Luar Negara

Abang Travel terus berkembang dengan menawarkan pakej luar negara seperti Thailand, Singapura, Vietnam, Indonesia dan pelbagai destinasi lain.

Jom Bercuti Bersama Kami

Sudah Bersedia Merancang Percutian Anda?

Hubungi pasukan Abang Travel untuk mendapatkan cadangan pakej yang sesuai dengan destinasi, jumlah peserta dan bajet anda.

Hubungi Kami

Comments